ecece..sangat sedih kan tajuk entry ini. sobsob. (nanges kuat kuat.) macam ni la kalau dan gila glemer. tgok org glemer, nok gok glemer skali. dua kali. tiga kali. haha. tadi g jalan jalan tengok belog belog popular. tu yang tetiba gatal nak gak jadi popular sebegitu. bagaimana belog belog popular? begini contoh nya :
1)follower bukan takat ratus ratusan. tapi beribu ribuan. sampai kite sendiri tak kenal siapa yang follow kite. macam ala ala retis ggitu.huhu
2)kalau dah popular, Nufnang pon mesti suka. pastu nnt dapat la mcm2 dari cik Nufnang atau advertiser laen. boleh buat duet woo. huhu
3)satu advantage kalau blogger itu comel dan santek. boleh dapat invitation jadi model bagai. mgkin juga boleh masuk majalah. tak ke satu dunia kenal? jiran sebelah rumah yang tak pernah kenal pon boleh tetiba jadi bestfren kot.
4)dan satu advantage juga jika akak abang blogger tu pandai bercerita. pandai buat ayat gramatis gila. senang kate, kalau masuk exam utk penulisan UPSR, boleh la dapt A+++.
5)blogger popular mostly pasti akan ada sesi photoshot. kire nye macam ade je la org yang nak jadi photografer untuk nya. huhu. pakia baju santek santek. baju hot hot. stylo milo bagai. awsome kan? -.-
6) lifestyle blogger tu pon seronok lah kalau nak dicerita kan. pegi makan sedap sedap kat tmpat mahal mewah. pergi bercuti kat oversea bagai. pergi event event jumpe artis. pergi jumpe pembaca pembaca belog. dan sebagai nya lagi.
begitu lah contoh contoh ciri ciri belog yang popular. huhu. so kenapa belog LIPo ini tidak boleh melonjak naik seperti belog belog mereka? (perlu ke?) haha. setelah di analisis, di selidik disiasat dan di perhatikan, maka saya dah dapat jawapan nya.
jadi, mengapa?
1)sebab belog ini dibina bukan untuk tujuan populariti. huhu. belog ini di bina utk saya mengarut sebegini. tiada tujuan komersial, atau tujuan glemeriti. haha. (mane tau tetiba boleh jadi glemer,apa salah nya ek? ;p)
2)sebab saya tak berapa nak cantik dan comel. huhu. so tak de lah nak buat photoshot bagai. takde lah org nak cari saya buat jadi covergirl bagai. saya juga tidak begitu stylo milo, tak reti berfesyen. maklumlah, orang kampung. huhu
3) sebab saya juga jarang menyertai blogger event, so takde lah blogger laen nak kenal saya. ini kerana saya malas mahu menyertai nya. tapi adalah pernah gak ikut dua tiga contest, dapat la tambah sikit follower. huhu.
4) sebab saya tak de lifestyle yang menarik untuk dicerita kan saban hari. huhu. saya hanya makan di warung warung di tepian. makan di cafe. tiada makanan mewah mewah. huhu. tiada pergi melancong sana sinun. sobsob.
5)saya juga tak reti menulis dengan ayat ayat yang boleh buat orang ketawa guling guling. boleh buat org senyum sampai koyak bibir. huk3. saya hanya bercerita ikut suka hati saya saja. lalalalala~
ohh..mungkin banyak lagi sebab mengapa saya tidak popular. tidak perlu dipersoal sebenar nya. haha. saya cuma perlu kembali berfikir tujuan asal saya yang sebenar. saya hanya mahu belog ini sentiasa ada untuk saya dimasa saya mahu kan ia. mahu berkongsi kisah suka duka di belog ini.
saya ucap terima kasih buat BEBERAPA insan yang sudi dan tidak bosan membaca dan menunggu posting saya.
saya juga ucap terima kasih buat mereka yang sudi memberi positif feedback kepada saya untuk belog ini.
juga ampun maaf untuk sesiapa yang terasa atau terguris atau terluka untuk apa apa entry atau ayat atau even word yang saya post kan setiap kali.
pssstt : saya perlu fokus untuk study saya pula, setelah penat bersukan. :p
hari minggu :)
1 week ago



0 what they say:
Post a Comment