Sunday, February 26, 2012

terima kasih berkuasa

Pernah status di FB saya berbunti.
‘ucapan terima kasih itu sangat berkuasa’ (lupa ayat sebenar.tapi sama makna.huhu)

Satu persoalan mahu diajukan.
Pernah tak anda melalui situasi begini.

Awak..nah! saya bagi sajak ni untuk awak.
Emm..oh.. yeke?
Ha’ah. Saya buat semalam. Sebab terfikir kan awak. Sedap tak
Emm..sedap sedap. Bagus la. Eh.awak makan?
Eerr...makan??
Pernah begini?
Ini hanya contoh. Iya lah. Setakat sebuah sajak. Bukan keluar duit pon kan. Apatah lagi keluar emas. Tidak sama sekali.
Tetapi hakikat nya, penghargaan terhadap sesuatu yang diberikan,dilakukan atau even dikorbankan oleh orang lain kepada anda adalah sangat berharga. Dan bermakna. Seriously.
Even pabila orang lain memberikan awak sebutir gula gula, even secebis gula gula, awak perlu ucapkan TERIMA KASIH, atau THANKS atau SYUKRAN atau apa jua bahasa.
Untuk apa? Untuk menunjukkan bahawa anda suka gula gula itu. Supaya dia tahu bahawa anda menghargainya dan sekaligus membuatkan pemberi akan suka dan semangat untuk memberikan sesuatu di masa hadapan.

Even jika orang orang VVIP yang suka menderma itu sangat gembira apabila derma yang dihulurkan oleh mereka akan disampaikan di khalyak ramai dengan menggunakan cek besar.
Tambah lagi disaksikan oleh seluruh rakyat didunia. Apa makna nya itu? Makna nya manusia ini suka pabila diri mereka dihargai. (ada juga vvip yang humble, xsuka menunujuk2 pendermaan mereka. Bagus abang VVIP!)

Kesimpulan dari hasil taipAN saya hari ini adalah,
Ringankan lah mulut anda untuk menucapkan TERIMA KASIH.
Sesungguh nya ia satu penghargaan yang lebih bernilai berbanding EMAS PERMATA. 

Psssttt: kadang kadang diri ini juga terLUPA mahu mengucapkan terima kasih. Pernah juga bergaduh kerana TERIMA KASIH ini. Maklumlah, manusia mudah lupa. Tambahan lagi saya yang suka makan kepala ikan kembung ini. (ada kait ke? haha)

terima kasih syira sebab jadi kawan saya.
(xpasal pasal cakap terima kasih) haha

2 what they say:

cahye sempurne said...

betul, only say TERIMA KASIH susah sangat ke...tak perlu tol pon...itulah ucapan yang sangat bermakna, menandakan kita menghargai seseorang.

nuha said...

TERIMA KASIH,,:)